23 April, 2012

Belajar Mengenai Perumpamaan


  • Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.
  • Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama
  • Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat.
  • Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-terang an dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.
  • Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik, manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.
  • Antara contoh perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.

Perumpamaan

Maksud Perumpamaan

Bagai melukut di tepi gantang

Orang yang tidak dipedulikan

Bagai menatang minyak yang penuh

Memelihara anak dengan penuh kasih sayang

Bagai mencurah air ke daun keladi

Tidak berguna memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengar

Bagai tikus jatuh ke beras

Seseorang mendapat kesenangan atau kemewahan

Seperti anak ayam kehilangan ibu

Orang yang hilang tempat bergantung

Seperti aur dengan tebing

Orang yang suka tolong-menolong

Seperti embun di hujung rumput

Kesetiaan yang tidak kekal

Seperti hujan jatuh ke pasir

Sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi

Seperti ikan pulang ke lubuk

Orang merantau balik ke tempat asal

Seperti ketam menyuruh anaknya
berjalan betul

Menasihati orang berbuat baik tetapi diri sendiri tidak berbuat demikian

Seperti pahat dengan penukul

Orang yang membuat pekerjaan hanya apabila disuruh

Seperti tanduk diberkas

Sangat sukar menyatukan orang-orang yang berlainan pendapat

Alang-alang menyeluk pekasam, biar
sampai ke pangkal lengan

Membuat sesuatu, biarlah sampai habis

Belakang parang jika diasah lagikan tajam

Kalau belajar bersungguh-sungguh akan menjadi pandai

Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

Membuat kerja sementara sebelum mendapat pekerjaan tetap

Genggam bara api, biar sampai jadi arang

Membuat sesuatu sehingga selesai dan berjaya

Kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya

Bersusah-payah sebelum mendapat hasil yang baik

Lain padang lain belalang

Adat resam sesuatu tempat adalah berbeza


Tiada ulasan:

Catat Ulasan